“Saya Taknak Jadi Watak Jahat, Nubhan Kena Bersama Bagitahu Anak-Anak” – Dr Fie

Trending

“Saya Taknak Jadi Watak Jahat, Nubhan Kena Bersama Bagitahu Anak-Anak” – Dr Fie

Bekas isteri penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Tawfek, berharap agar bekas suaminya dapat memberi kerjasama untuk sama-sama memaklumkan berita perceraian mereka kepada anak-anak.

Menurut Dr. Afifah, 35, dia tidak mahu menjadi satu-satunya pihak yang menyampaikan berita sensitif itu kerana bimbang ia akan memberi kesan emosi kepada anak-anak mereka.

Advertisement

Saya harap Nubhan dapat bekerjasama untuk beritahu pada anak-anak. Kita sama-sama beritahulah. Buat masa sekarang saya cuma beralasan yang ayah mereka sibuk bekerja.

Saya tak nak jadi watak jahat ketika beritahu berita buruk ini, katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya lagi, dia sentiasa memantau keadaan emosi anak-anak melalui guru di sekolah.

Saya ada tanya cikgu tentang perkembangan anak-anak. Alhamdulillah tiada perubahan drastik tak menangis, tak kena ejek, semua baik.

Saya tekankan abah keluar bekerja. Nak beritahu tentang perpisahan itu, saya belum sampai hati.

Menurut Dr. Afifah, anak sulungnya dilihat lebih matang dan mungkin mampu memahami situasi sebenar, namun anak kedua pula kerap bertanya tentang keberadaan ayah mereka.

Anak pertama saya rasa sudah boleh faham. Tapi anak kedua… selalu tanya kenapa abah tak balik, kenapa tak ikut abah. Setakat ini saya belum beritahu sebetul-betulnya.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini mengesahkan bahawa Nubhan dan Dr. Afifah sah bercerai kali kedua, sekali gus mengakhiri rumah tangga mereka yang sebelum ini pernah diuji dengan perpisahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-02 09:59:36

Prince Syed 'Live' Jilat Lantai, Rupa-Rupanya Ini Yang Terjadi - "Bila Saya Tersedar..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...