Bekas isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali menyatakan rasa kecewa selepas hal peribadinya dipersendakan pihak tertentu.
Menurut Shakila Koriri, dia berasa kesal dan tersinggung apabila kes penceraiannya dijadikan bahan gurauan secara terbuka di sebuah stesen radio baru-baru ini.
Pelakon itu turut berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia masih berterusan, lapor mStar.
Sebelum ini saya diam. Saya biarkan orang mempersendakan saya, campur tangan urusan peribadi saya.”
Shakila akui selama ini hanya pekakkan telinga dan butakan mata gara-gara tidak mahu isu terbabit diperbesarkan.
Namun, tindakan akan diambil sekiranya ada percakapan yang tidak ditapis berunsur fitnah dan memalukan.
Menerusi Instagram, Shakila rakan penyampai Fizi telah mengeluarkan ayat seolah-olah menyalahkan atas kegagalan perkahwinan mereka.
Saya kurang pasti apa sebab yang membuatkan penyampai tersebut perlu keluarkan ayat macam tu. Jangan cuba buat saya sentuh perkara yang tidak sepatutnya dan membuka aib sesiapa.”
Sekadar info, pada 15 Disember tahun lalu, Fizi dan Shakilla telah mendedahkan mereka sudah bercerai talak satu.
Meskipun begitu, mereka berdua masih mengekalkan hubungan baik dan bersefahaman dalam hal penjagaan anak mereka, Ameena Sofia.
BACA: “Dia Wanita Istimewa..” – Fizi Ali Perjelas Siapa Pemilik Suara Perempuan Ketika Bersama Anak