Pelakon Farid Kamil menaruh harapan tinggi dalam usaha untuk memulihkan kembali kemelut rumah tangga yang dihadapinya bersama isteri, Diana Danielle.
Kata Farid, mereka sudah 11 tahun mengharungi susah senang bersama dan dia meletakkan segala harapan untuk kembali bersama kepada Allah S.W.T.
View this post on Instagram
Memetik Kosmo, Farid juga merasakan bahawa masih ada sinar untuk mereka kembali bersatu sebagai sebuah keluarga dan tidak akan pernah berhenti berusaha.
Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang.
Mengimbas kembali, kedua-dua hari ke Mahkamah Tinggi Syariah semalam bagi tujuan sebutan kali pertama hadanah dua anak mereka.
Diana sebelum ini telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada tanggal 10 Mac namun suaminya itu enggan melepaskan aktres itu.
Kedua-duanya kemudian menjalani proses Jawatankuasa Pendamai JKP sebelum Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) oleh Mahkamah Tinggi Syariah ,Shah Alam.
Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad dan Nur Aurora.