“Saya Takkan ‘Move On’” – Bekas Isteri DDNK Dedah Masih Belum Terima Nafkah Iddah Dan Harta Sepencarian

Kehidupan

“Saya Takkan ‘Move On’” – Bekas Isteri DDNK Dedah Masih Belum Terima Nafkah Iddah Dan Harta Sepencarian

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pakar pelaburan saham terkenal Datuk Mohd Nazri Khan iaitu Hasmawatie mendedahkan bahawa dia masih belum menerima nafkah iddah dan juga nafkah anak yang dituntutnya sebelum ini.

Luah Hasmawatie di Facebook, dia kini sedang berjuang bagi mendapatkan haknya sebagai seorang bekas isteri dan juga ibu kepada anak-anak mereka.

Advertisement

Maklum wanita itu lagi, dia pernah menghantar notis tuntutan untuk mendapatkan haknya secara baik namun tidak mendapat respon yang baik daripada pihak bekas suaminya itu.

Berikutan itu, Hasmawatie mengambil keputusan untuk meneruskan kes tuntutan ke fasa perbicaraan kerana dia masih belum menerima nafkah iddah dan harta sepencarian sepanjang 20 tahun berkahwin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyokong tindakan yang dibuat Hasmawatie dan memintanya untuk tidak mengaku kalah.

FacebookSumber : Facebook  

Saya doakan puan berjaya. Geram tengok lelaki yang tak reti nak ikut hukum Islam ni.

Nafkah Iddah belum dapat? Kena control habisla duit oleh si manjahh.

Dia juga dilihat memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan dalam memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita di mahkamah kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DDNK
2 years ago

“Nafkah Anak Jangan Lupa” - DDNK Dan Isteri 'Honeymoon' Di Langkawi, Netizen Tinggal Komen Perlian Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...