Pengakuan pentadbir laman sosial Datuk Seri Vida bahawa dia menerima jika takdirnya dijodohkan dengan wanita berusia 45 tahun itu menerima reaksi ramai Netizen.
Pemuda berusia 23 tahun itu, Ahmad Iqbal Zulkefli mendakwa serasi dengan jutawan kosmetik tu dan bersedia berkahwin dengan wanita itu, bukan sekadar menjadi anak ikan.
Namun jika berhasrat berbuat begitu, nampaknya Ahmad Iqbal perlu bersemuka dengan anak perempuan Vida iaitu CIk B terlebih dahulu.
Dalam status Instagram terbaru, Cik B menulis yang dia tidak akan membenarkan ibunya berkahwin dengan Ahmad Iqbal kerana menurutnya, Ahmad Iqbal hanya mahukan perhatian.
Ehemmm ehemmm….. saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je
Kesseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ramai pengikut yang menyokong tindakan Cik B manakala ada juga segelintir yang meminta Cik B berfikiran lebih positif.


Penulis perasan bahawa Cik B bersikap protektif dan defensif terhadap ibunya setelah wanita itu bercerai dengan suami ketiga baru-baru ini, dan itu normal.
Mungkin Cik B tidak mahu melihat ibunya dikecewakan lelaki lagi. Nampaknya Ahmad Iqbal perlu berusaha lebih keras untuk memenangi hati Cik B. – beautifulnara.com