Penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu, Menaruh Harapan, Zaiton Sameon merayu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengurangkan beban kos sara hidupnya.
Kata penyanyi berusia 67 tahun itu, hidupnya susah dan sangat memerlukan bantuan kewangan daripada JKM namun tidak tahu bagaimana prosedurnya.
Jelas Zaiton, dia kurang mendapat tawaran persembahan dan perniagaan rendang diusahakannya sudah lama dihentikan kerana kekangan kewangan.
Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak, tiada ibu bapa dan tiada semuanya. Kasihan betul hidup saya. Minta bantuan rumah pun tak dapat lagi, beginilah nasib saya.
Zaiton yang kini menetap di rumah anak angkatnya berkata dia ada membuat permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur tahun lalu namun masih tiada jawapan daripada pihak berkenaan.
Sedangkan tahun lalu, pada 14 November Zaiton telah mednapat Kad Orang Upaya (OKU) kategori OKU Fizikal: Trauma Kecederaan Otak daripada JKM Wilayah Persekutuan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.