“Saya Takde Hak Nak Ulas, Tak Ke Mana Juga Isu Ni” – Amir Syahir Pilih Untuk Diam, Enggan Masuk Campur

Hiburan

“Saya Takde Hak Nak Ulas, Tak Ke Mana Juga Isu Ni” – Amir Syahir Pilih Untuk Diam, Enggan Masuk Campur

Baru-baru ini, hangat dibincangkan tentang perbalahan antara ahli keluarga penyanyi terkenal, Shila Amzah dalam kalangan netizen. Namun, Amir Syahir mengambil keputusan untuk tak masuk campur.

Adik kepada penyanyi tersebut yang juga merupakan penyerta kepada Famili Duo bersama kakaknya, menyatakan dia masih tinggal bersama ibu, abang dan adiknya di rumah yang sama dan hubungan juga masih tidak berubah.

Advertisement

Saya takde hak nak ulas tentang isu itu. Ia berkait dengan kakak dengan mereka. Kalaupun saya beri komen, isu ini tak ke mana juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Syahir (@amirsyahirr)

Bagi Syahir, dia juga lebih selesa untuk mengalihkan fokusnya kepada Famili Duo buat masa sekarang dan hanya berkomunikasi bila perlu, memandangkan masanya lebih banyak dihabiskan bersama Shila dan penyiapan pertandingan itu.

Di masa yang sama, Shila akui dirinya tidak akan lari dari bertemu dengan ibunya bagi menyelesaikan masalah yang sedang ada sekarang. Namun begitu, penyanyi ini berkata dia perlukan masa agar situasi lebih reda.

Mestilah saya akan jumpa emak, cuma waktunya biarlah jodoh yang menentukan. Saya taknak paksa keadaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Seperti yang sedia maklum, ibu kandung Shila, Fauziah Sarman ada memuatnaik status di Instagramnya menyuarakan kekecewaan terhadap anak sulung keluarga tersebut. Sejak itu, ramai tertunggu apakah yang bakal terjadi antara Shila dan ibunya.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fauziah
1 year ago

"Sanggup Shila Keluarkan Kata-Kata Kesat Pada Mak.." - Tak Lagi Berdiam Diri, Ini Respon Ibu Shila Amzah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...