“Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi” – Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Bersama Zizi Kirana Sebelum Ditahan

Hiburan

“Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi” – Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Bersama Zizi Kirana Sebelum Ditahan

Pelakon Yusuf Bahrin mendedahkan dirinya tidak mampu melelapkan mata sejak malam tadi kerana resah menunggu perkembangan terkini isterinya, penyanyi Zizi Kirana, yang kini ditahan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza.

Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, dia kali terakhir berhubung dengan Zizi pada jam 1.40 pagi sebelum komunikasi terputus sepenuhnya.

Advertisement

Kita sama-sama tak tidur malam ini. Saya rasa dah buang telefon sebab tak dapat nak hubungi dia dah, saya cuba mesej dan ‘call’ dia.

Status kapal Zizi kali terakhir adalah kecemasan. Setakat ini saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat di sini, doa banyak-banyak.

Kali terakhir berhubung pada 1.40 pagi tadi. Kapal Heliza dekat belakang sebab itu dia masih boleh buat siaran langsung.

Yusuf yang juga pelakon drama Seindah Hujan Cinta berharap misi GSF dapat menyedarkan orang ramai bahawa tujuan mereka hanyalah untuk membawa bantuan kemanusiaan, bukannya mencetuskan konflik.

Dalam pada itu, Yusuf sebak apabila mengetahui penduduk Gaza sudah menunggu di tepi pantai untuk menyambut ketibaan pasukan flotila, termasuk kanak-kanak kecil.

Satu dunia pandang G sebab tak semua ada media sosial. Bila tengok GSF tengah tular, mereka tahu ada orang peduli.

Yusuf turut menyeru orang ramai untuk bersama-sama menunaikan solat hajat dan mendoakan keselamatan semua delegasi yang menyertai misi tersebut.

Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi iaitu Huga telah dipintas oleh anggota tentera Israel, manakala dua lagi kapal iaitu Sirius dan Alma turut dipintas, yang mana ketiga-tiganya membawa tujuh orang delegasi Malaysia dalam misi GSF.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Heliza helmi idf
2025-10-02 08:12:38

"Serahkan Barang Bantuan, Kami Uruskan!" - Heliza Helmi Kongsi Detik Cemas Kapal Flotila Dipintas Tentera Isra*l Di Perairan Antarabangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...