Pelakon Qistina Raisah memaklumkan bahawa bilangan pengikutnya di TikTok meningkat sebanyak 15,000 sejak video dia menyimbah air ke muka rakannya, penyanyi dan aktres Arnie Shasha, menjadi tular.
Qistina, 16, mengakui tidak menyangka pengikutnya akan melonjak walaupun video tersebut hanya merupakan gimik untuk pelancaran lagu sulung Shasha yang berjudul “Lepak.”
Pengikut saya di TikTok menaik sejak video simbah air tu viral. Lagi 4,000 nak cecah sejuta. Saya lihat bertambah dalam 15,000. Memang ‘love’.
Menceritakan lebih lanjut, pelakon remaja ini berkata dia hanya mengetahui tentang tugasan untuk gimik tersebut setelah dimaklumkan oleh ibunya.
Walau bagaimanapun, Qistina menegaskan bahawa dia tidak terjejas dengan kritikan negatif yang ditujukan oleh netizen.
Saya tak rasa gimik ini telah mencalarkan nama saya pun. Saya hanya menjayakan watak dan jalankan tugasan saya.
Saya tidak tahu menahu, sehari sebelum buat gimik baru tahu. Itu pun mak saya beritahu ada ‘job’ ini. Saya pun kata okay.
Netizen pula memang suka bercakap fasal saya, kalau saya tak buat apa pun mereka tetap akan bercakap.Saya tidak terkesan dengan hencapan yang dilemparkan netizen. Saya tak baca langsung komen netizen. Sesekali baca boleh, tapi jangan balas.
Terdahulu, penyanyi cilik, Arnie meluahkan rasa berangdengan sikap rakannya, pelakon Qistin Raisah, yang dikatakan sering membongkar aibnya kepada orang lain.
Sebuah video pergaduhan antara mereka menjadi tular di mana ia memaparkan Qistina menyimbah air ke muka Arnie.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.