“Saya Tak Tergamak Nak Ambik” – Dituduh ‘Bawa Lari’ Duit Konsert, Penganjur Dedah Keuntungan Hanya RM4,635

Hiburan

“Saya Tak Tergamak Nak Ambik” – Dituduh ‘Bawa Lari’ Duit Konsert, Penganjur Dedah Keuntungan Hanya RM4,635

Terdahulu, Isteri kepada penyanyi Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa pihak penganjur Konsert Doa Buat Zamani tidak memberi bayaran kepada suaminya.

Menerusi hantaran di status aplikasi WhatsApp, Juliana berkata suaminya tidak mendapat sebarang bayaran persembahan dan ada pihak tertentu telah membawa lari wang hasil daripada kutipan konsert tersebut.

Advertisement

Tampil membela diri, penganjur konsert iaitu Aalan Ahmad menjelaskan bahawa dia hanya berniat untuk membantu mencari dana untuk Zamani selepas melakukan pembedahan yang bakal dijadualkan pada minggu hadapan.

Saya kenal Zamani dah lama dan anggap macam abang sendiri. Saya ikhlas tapi tanpa usul periksa isteri dia buat kenyataan macam tu.

Menurut Aalan, gara-gara tindakan terburu-buru Jualiana itu telah menyebabkan maruahnya tercalar.

Jadi saya minta maaf pada Zamani terpaksa buat macam ni untuk membersihkan nama saya.

Tambahnya lagi, dia telah cuba untuk menghubungi Zamani untuk menyelesaikan perkara ini secara dalaman namun mendakwa penyanyi lagu Biarkan La Pergi itu hanya mendiamkan diri.

Ini sebenarnya yang berlaku, tiket hanya terjual sebanyak 367 keping, berbanding kapasiti lokasi sepatutnya mempunyai lebih 1,200 penonton.

 

Semua duit keuntungan saya beri pada Zamani walau ikut persetujuan awal, portion 70 peratus Zamani, 30 peratus saya.

Jelas Aalan, setakat ini keuntungan yang berjaya diraih pada konsert tersebut adalah sebanyak RM4,635.

Tapi saya tak tergamak nak ambik, saya bagi semua pada Zamani sebab konsert ini memang tujuan untuk bantu dia.

Difahamkan, Konsert Doa Buat Zamani merupakan anjuran bersama Aalan dan Zamani yang dilakukan tanpa sebarang kontrak, sebaliknya hanya berdasarkan kepercayaan di anatara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zamani Bini Juliana
1 year ago

“Mana Duit Laki Aku?” - Isteri Zamani ‘Mengamuk’ Di Status WhatsApp, Dakwa Penganjur Konsert Bawa Lari Duit Tiket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...