“Saya Tak Terbawa-Bawa Watak Ke Rumah..” – Sering Berganding Dengan Pelakon Wanita, Shukri Yahaya Nafi Tergugat Ingin Curang

Hiburan

“Saya Tak Terbawa-Bawa Watak Ke Rumah..” – Sering Berganding Dengan Pelakon Wanita, Shukri Yahaya Nafi Tergugat Ingin Curang

Seperti yang ramai tahu, pelakon popular Shukri Yahaya sering terlihat berganding dengan aktres-aktres jelita dalam drama bersirinya hingga menimbulkan tanda tanya tentang rumah tangganya daripada netizen.

Tidak terfikir untuk curang

Menurut pelakon ini, penglibatannya bersama pelakon wanita yang lain tidak akan menjejaskan rumah tangganya. Kata Shukri, dia tidak pernah terfikir untuk curang terhadap isterinya.

Advertisement

Sebaliknya, pelakon berumur 36 tahun ini masih menjaga batas ketika di set pengambaran dan tidak terbawa-bawa wataknya ke rumah.

Saya dan isteri sudah kenal lama, kami sudah ada dua orang anak. Jadi saya tak terfikir buat benda-benda macam tu.

 

Konsep saya senang, selesai berlakon, habis terus! Saya tak ada nak terbawa-bawa watak dalam drama ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shukriyahaya)

Bersyukur sentiasa diingati

Namun pada masa yang sama, pelakon drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan ini turut menyatakan rasa bersyukur kepada orang ramai yang sering mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.

Shukri juga berterima kasih kepada peminat yang percaya padanya tidak akan berlaku curang pada isteri.

Bagi saya bagus juga mereka mengingatkan. Bukan saya seorang tapi sesiapa saja yang cuba jadi orang ketiga.

 

Jangan usik Shukri Yahaya. Ada macam tu, bagus la.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shukriyahaya)

Sekadar info, Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada isterinya, Tya sejak 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

shukri yahaya
6 months ago

"Baru Tahu Guna Tu Pun Boleh Curang" - Tular 'Scene' Shukri Yahaya Mesej Dengan Isteri Kedua, Ramai Netizen 'Insecure'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...