Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, mencuri perhatian ramai apabila kembali membuat kemunculan selepas berehat seketika susulan kepulangannya daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Ardell atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Amin, 35, mendedahkan dirinya menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang dipercayai cuba mengesan lokasinya dengan tawaran wang tunai.
Ada yang sampai telefon manager saya beritahu ‘saya nak upah RM5,000 untuk tahu lokasi Ardell’
Marah-marah sampai paksa untuk manager saya beritahu di mana lokasi saya.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu kekal tenang dan mengakui tidak gentar dengan ugutan tersebut.
Saya tidak kisah sebenarnya dan tidak takut pun dengan setiap ugutan itu.
Saya cuma terfikir berapa orang bayar mereka ini supaya tahu saya punya lokasi? Sebab sampai tahap macam tu sekali nak tahu lokasi saya.
Kalau nak jumpa saya, dekat mana-mana boleh jumpa.
Dalam masa sama, Ardell turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral kepadanya sepanjang tempoh pemulihan.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi kata semangat untuk saya.
Terdahulu, Ardell dilaporkan belum pulih sepenuhnya selepas menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza, yang dikatakan memberi kesan besar terhadap kesihatan fizikal dan emosinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.