Baru-baru ini aktres Amyza Aznan terpaksa menandatangani surat izin membenarkan pihak hospital meneruskan rawatan dialisis dalam keadaan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir masih ditidurkan.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukannya kerana berkemungkinan akan lebih banyak kegagalan pada organ lain berlaku sekiranya rawatan berkenaan tak diteruskan. Namun pada masa yang sama, jika Amyza meneruskan rawatan itu, akan ada risiko jantung suaminya pula terhenti.
Saya tidak tahu untuk buat keputusan tetapi saya hanya turunkan tandatangan untuk bersetuju dengan rawatan dialisis itu.
Saya hanya fikir positif sebab doktor kata ramai pesakit yang berjaya lalui proses ini dengan baik.
Susulan keputusan tersebut, Amyza turut menceritakan suaminya itu sudah hampir dua bulan tidak dapat tidur secara normal kerana tidak boleh bernafas. Pasangannya itu juga tiada penyakit asma namun pakar memberitahu suaminya mengalami kegagalan buah pinggang yang kronik.
Sebelum ini pada Disember 2017, Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Raji (UCU) kerana serangan hantung.