“Saya Tak Tahu Dalam Islam Wajib Datang..” – Majlis Tidak Sesuai, Janna Nick Akui Silap Jemput Ustaz Wadi

Hiburan

“Saya Tak Tahu Dalam Islam Wajib Datang..” – Majlis Tidak Sesuai, Janna Nick Akui Silap Jemput Ustaz Wadi

Sebelum ini, kehadiran pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar pada majlis resepsi pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann yang bertemakan barat telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Tampil memberi penjelasan, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata niatnya hanya untuk memohon keberkatan dalam perkahwinannya melalui doa seorang ustaz yang tinggi ilmu agama.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 28 tahun itu memaklumkan bahawa dia telahpun membuat permohonan maaf kepada Usztaz Wadi secara peribadi.

Saya tak tahu kalau dalam Islam ni, orang dah jemput kita wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf.

Dalam pada itu, Janna berkata dia enggan memanjangkan lagi isu berkenaan memandangkan kedua-dua pihak telah membuat penjelasan.

Saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.

Saya sebagai orang yang cetek ilmunya sangat menghormati semua para Ulama di Malaysia. Kalau nak kaitkan nama saya dengan Ustaz Wadi, saya rasa hina sangat diri ni.

Terdahulu, Ustaz Wadi mengakui dia telah meninggalkan majlis resepsi tersebut lebih awal selepas selesai menjalankan tanggungjawab untuk membaca doa.

Malah, pendakwah itu berkata dia membuat keputusan untuk tidak makan, tidak bergambar, dan tidak bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wadi
2 years ago

"Saya Tak Makan, Tak Bergambar.." - Ustaz Wadi Annuar Mengaku Balik Awal Lepas Nampak Janna Nick

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...