Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin memaklumkan bahawa dia bakal memafilkan perintah nusyuz terhadap penyanyi itu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Tindakan itu menurut Iqwan adalah kerana ini menyelamatkan rumah tangganya setelah Zehra didakwa mahu mefailkan cerai terhadapnya dalam masa terdekat.
Saya mahu memfailkan nusyuz terhadap Zehra supaya niat dia mahu bercerai secara ‘fast track’ dapat dipanjangkan.
Supaya kami boleh berbincang dan berjumpa untuk selamatkan perkahwinan kami yang sudah berusia tiga tahun ini.
Saya belum failkan nusyuz, cuma datang ke mahkamah kerana nak minta pencerahan dan mengetahui prosedur yang selanjutnya.
Dalam pada itu, Iqwan berkata dia tidak tahu apa punca Zehra bertindak memfailkan cerai dan mendakwa tindakan itu didorong oleh pihak ketiga.
Saya tak tahu apa sebab dia buat tindakan itu (fail cerai). Saya ada minta nasihat mahkamah tentang ada pihak ketiga yang melagakan.
Dia juga berkata hubungannya bersama Zehra baik-baik saja dan menganggap perceraian tersebut bukanlah solusi kepada setiap masalah apatah lagi mereka berdua mempunyai seorang anak pada ketika ini.
Sekadar info, ini adalah perkahwinan kedua Zehra dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 2 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.