Satu hantaran luahan perasaan di media sosial Twitter hari ini menjadi tular gara-gara seorang wanita meluahkan rasa sedih kerana dikhianati suami sendiri.
Dalam hantaran asal yang dimuat naik personaliti TV terkenal Fedtri Yahya itu, wanita itu dilihat meninggalkan komen mengenai permasalahan peribadi yang dialaminya pada ketika ini.
Kami ditempat yg sama.
Cuma.. my husband is having sex with my own mother & I see it myself. Every single day is so hard for me till now.I don't even know what to do….
I love him. I love my child.
I love my mom. :'))— Husna (@husna__aish) February 17, 2023
Kata wanita itu, dia merasa sedih dan kecewa apabila suami telah ‘kantoi’ tidur bersama ibunya sendiri dan apa yang lebih menyayat hati, sang isteri telah melihat perkara itu di depan mata.
Kami ditempat yang sama. Cuma, suami telah berselingkuh dengan ibu saya dan saya melihatnya sendiri. Setiap hari adalah sukar untuk saya.
Tambahnya lagi, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan dia tidak bekerja, mempunyai anak dan juga masih sayangkan ibunya itu.
Hasil tinjauan, wanita berkenaan merupakan anak yang membesar dengan ibu bapa yang bercerai dan juga anak tunggal.
Tulisnya lagi, dia masih bertahan dalam rumah tangga tersebut dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita itu untuk keluar dari perkahwinan tersebut.
Kata netizen, wanita itu sepatutnya mencari kebahagiaan sendiri daripada terus hidup terluka dan dibayangi peristiwa silam tersebut dari hari ke hari.