Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil menegur keras tindakan sebuah akaun palsu di media sosial yang menyamar sebagai dirinya dan menyebarkan dakwaan tidak berasas kononnya beliau telah menukar agama.
Menerusi perkongsian di Threads, Daiyan, 32, meluahkan rasa penat dan kecewa apabila akaun tersebut terus muncul walaupun sudah beberapa kali dikenakan tindakan.

Boleh tak semua orang tolong laporkan akaun ini. Ia jelas palsu dan saya sudah sangat penat!
Menurutnya, akaun itu bukan sahaja menyalahgunakan gambar dan identitinya, malah menyentuh isu sensitif yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan peminat dan masyarakat.
Akaun ini sudah digantung banyak kali tetapi masih muncul semula. Saya tak faham apa motifnya dan mengapa. Hentikanlah perkara mengarut ini.
Di ruangan komen, rakan selebriti dan warganet turut mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu di sebalik akaun tersebut. Ramai menyifatkan fitnah mengenai pertukaran agama sebagai sesuatu yang melampau, memandangkan ia boleh menjejaskan reputasi dan keselamatan seseorang.
Akaun Palsu Curi Gambar Daiyan Trisha, Dakwa Kononnya Pelakon Itu Tukar Agama – “Ini Apa Pulak Ni….”
Mereka juga sepakat membantu Daiyan dengan membuat laporan terhadap akaun palsu itu agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak platform.
Isu penyamaran menggunakan wajah selebriti semakin kerap berlaku, namun apabila melibatkan tuduhan besar seperti pertukaran agama, ia menjadi lebih serius. Peminat berharap tindakan tegas dapat diambil bagi melindungi Daiyan dan pengguna lain daripada manipulasi identiti di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
