Tular rakaman mempamerkan seorang wanita warganegara Indonesia yang bekerja sebagai amah di negara ini mendakwa telah menjadi mangsa dera majikannya.
Video itu dimuat naik oleh seorang lelaki dan amah terbabit berkata dia baru bekerja di Johor selama dua minggu tetapi telah dipukul dan tidak diberi makan.
Tolong saya pak. Saya sudah tidak tahan diseksa terus oleh majikan. Saya mahu pulang Indonesia.”
Difahamkan, lelaki itu telah membawanya makan sebelum membuat laporan polis dan ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa sebenarnya keluar dari rumah majikan kerana telah melarikan barang berharga dan wang tunai dianggarkan bernilai RM10,850.
Polis menerima laporan daripada wanita warga tempatan berusia 52 tahun mengatakan pembantu rumahnya yang juga warga asing telah melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai miliknya.”
Suspek telah melarikan diri dari rumah majikannya itu jam 11.21 pagi pada 17 Julai yang lalu dengan memanjat pagar depan kediaman berkenaan sambil membawa beg beli belah berwarna biru.
Siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.