Saya Tak Suntik Muka – Adira

Hiburan

Saya Tak Suntik Muka – Adira

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kulit muka Adira yang semakin hari semakin mulus. Abang Nara pun kagum sebenarnya. Walaupun memang Abang Nara tahu orang Sabah adalah sinonim dengan kulit cantik, namun pada mulanya kulit Adira tidaklah secantik yang sekarang ini.

adira cucuk muka

Advertisement

Ada desas-desus yang menyatakan Adira menyuntik mukanya dengan vitamin C namun hari ini menerusi Portal Murai, Adira menafikan perkara tersebut. Kata Adira:-

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dengar orang cakap saya membuat suntikan pada wajah untuk kelihatan cantik. Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli saya dan tidak melakukan apa-apa bahan yang drastik, selain hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul. Saya mengamalkan makan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri saya.

Dan Abang Nara tertarik apabila mendengar kenyataan Adira yang sebenarnya kulitnya lebih cerah ketika tinggal di Sabah dahulu. Menurut Adira, cuaca di Semenanjung Malaysia adalah lebih panas berbanding di Sabah dan ini menyebabkan kecerahan kulitnya berubah. Ini yang Abang Nara rasa nak pergi pindah ke Sabah dengan harapan kulit muka Abang Nara akan lebih cerah.

adira cucuk muka

Apa pun diharap Adira suatu hari nanti dapat berkongsi pencuci muka apakah yang dipakai olehnya. Pasti ramai yang teruja ingin mencuba. Yang penting, Adira tidak memberi jawapan “kulit muka saya cantik kerana mengamalkan wuduk sepanjang masa” kerana jawapan itu terlalu klise. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

132 Comments

  1. saye

    July 8, 2012 at 8:12 pm

    kecoh la!! sal kulit pun nk kecoh ke.. dah mmg die putih.. sbuk je.. jeles le tuu

  2. Anonymous

    July 8, 2012 at 12:17 am

    klau nak tahu adira makan makanan tambahan apa tuk jaga kulit dia,koang bleh follow instagram dia…isma af yg turut sama menggunakan produk tersebut apabila disyorkan oleh adira ngan kakaknya ema ada buat order produk nih tuk dijual…klau ada yg berminat bleh lah follow isma kat ig..isma af7…klau xsilap nama produk tuh beutskin……hurmm~

    • Anonymous

      August 23, 2012 at 11:11 pm

      kau tak payah nak menipu la weyh! ema kakak si adira tu ada tweet cakap kat beutskin jangan nak sewenang wenang guna gambar adira untuk testimoni. means adira tak guna produk tu, n ema juga tak amik order. harap maklum. lalala~~~

  3. kak anon

    July 6, 2012 at 8:41 pm

    Kome nak kulit cantik cam Adira yek…..belambak2 jek produk kat pasaran tu tapi harganya bagi korang yang gaji taak beso tu kenalah tahan nafas dan ikat perut….kak anon penah pakai memang cantik gila kulit kemain putih gebu,…..tapi kak anon memang dah putih waalaupun bukan org Ranau,,..hahaahhaha……….tak semestinya org Ranaau je yang putih gebu,…..cina pon jeles kat kak anon……….hahahahahah

  4. ana maria

    July 6, 2012 at 6:01 pm

    hmmm…kalau photoshoot or dlm tv mmg lighting lebih tu yg nampak cerah berseri-seri..Tapiiiiiiiiiii..ada cara korang nak cerah berseri2….contact me untuk dptkan produk tersebut….Tabita Skin Care….promote sat no…..jgn mareeeeeeee.:P (ana maria 016-6731497)

  5. stella

    July 5, 2012 at 5:52 pm

    cua ko tnya sma c neelofa npa tetek nya besar smacam … Adakah krn cucuk ? Bedah ? Urut ? Dan tnya jga sma kak nita sarawak, cik ta, seripah eni .. Jgn asyik nk kondem adira jak .. Buduh btl c pacik nara ne ..

Loading...