Dalam satu temuduga, penyanyi dan komposer terkenal Alyph menyatakan bahawa dirinya tidak menyokong anak seni musik yang mempraktikan cara menipu dalam mencipta lagu.
Penyanyi lagu ‘Swipe’ itu berkata lagu-lagu berunsur lucah atau kontroversial hanya sengaja nak menarik netizen untuk mendengar dan bukannya untuk sampaikan mesej yang betul.
Saya tak sokong orang yang sengaja nak buat netizen marah. Bagi saya tu semua nampak murah.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, apabila pendengar mendengar karya yang dicipta, tiada siapa yang nak ditipu. Praktis menipu itu semua perlu dihentikan kerana bagi Alyph, itu tidak sihat untuk menjadi artis yang ada ‘class’, perlu ada kejujuran dalam berkarya.
Betulkan niat dulu, bukan nak cari ‘attention’ atau gimik je. Baik cari kerja lain.
Bukan itu sahaja, penyanyi ini turut menyatakan mereka yang terbiasa dengan perkara ini akan selalu cari cara nak jadi artis ‘relevan’, itu yang menjadikan mereka pemikiran singkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.