Aktor Nadhir Nasar tidak kecil hati apabila segelintar pihak sering mempersoal dirinya yang kerap bertutur dalam bahasa Inggeris ketika ditemu bual media. Namun baginya, yang penting adalah dia masih mengutamakan bahasa Melayu dalam sehariannya.
Memang cintakan bahasa
Menurut Nadhir, dia telah selesa menggunakan kedua-dua bahasa dan sering bertutur bahasa Melayu dan Inggeris bergantung pada tempat dan majlis. Menurutnya, penggunaan bahasa Inggeris itu kerana keinginan belajar dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Saya selesa gunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Saya cintakan bahasa.
Ia boleh menambah baik penggunakan bahasa Inggeris saya, jadi saya tak setuju bila ada yang kata bahasa Inggeris ni poyo.
Saya punya grammar pun tak betul lagi, tapi tak apa saya belajar. Apa-apa pun bahasa Melayu tetap perlu diutamakan.
View this post on Instagram
Rancang terbit buku
Pada masa yang sama, pelakon Projek High Council ini turut mendedahkan hasratnya untuk menerbit sebuah buku yang ditulis olehnya sendiri. Bukan itu sahaja, Nadhir juga bakal mengarahkan sebuah filem pendek iklan raya untuk jenama Bulan Bintang.
Saya sendiri menulis, ada juga di aplikasi X. Saya ada buku saya sendiri di rumah.
Mungkin dalam setahun atau dua tahun insyaAllah saya akan terbitkan buku saya sendiri.
Tak lupa juga akan ada projek filem pendek untuk iklan raya bersama Bulan Bintang arahan saya.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.