“Saya Tak Sesuai Dengan Dia” – Dituduh Rapat Dengan Anak Shuib Untuk Ganti Tempat Siti Sarah, Akhirnya DSV Buka Mulut

Hiburan

“Saya Tak Sesuai Dengan Dia” – Dituduh Rapat Dengan Anak Shuib Untuk Ganti Tempat Siti Sarah, Akhirnya DSV Buka Mulut

Baru-baru ini video memaparkan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida meluangkan masa bersama anak-anak Shuib Sepahtu menjadi bahan bualan netizen.

Dalam kegembiraan wanita yang juga seorang ibu itu melayan anak-anak pelawak dan usahawan itu, masih ada yang tidak berpuas hati dan mendakwa DS Vida melebih-lebihkan mereka yang bukan anak kandungnya sendiri.

Advertisement

Dalam pada itu, ada juga yang menuduh DS Vida menyimpan cita-cita untuk menjadi isteri Shuib.

Berikutan itu, DS Vida yang ditemui media berkata bahawa dia menganggap anak-anak shuib iaitu Uwais,Talita, Ariq Matin dan Ayash sebagai anaknya sendiri.

Ujar Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman,51, hubungannya bersama mereka juga sangat rapat dan pertemuan itu seperti sesi melepas rindu kerana sudah lama tidak bertemu.

Kasih sayang untuk anak-anak kita tidak boleh nilai dengan angka. Apa lagi mereka yang sudah tiada ibu. Saya sayangkan mereka semua.

Malah saya anggap macam anak sendiri dan boleh menyayangi mereka begitu. Mereka rapat dengan saya dan kami telah lama kenal.

Membidas kenyataan netizen yang mengatakan dia ingin menjadi suri hidup Shuib, Vida menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk menggantikan tempat Allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal dunia tahun lalu.

Malah, DS Vida juga mendoakan Shuib agar kembali bertemu jodoh dengan wanita yang lebih baik.

“Hubungan saya dan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arwah Sarah dan tidak terfikir untuk gantikan tempatnya.” ujarnya lagi.

DS VIDA CEDOK CEDOK PATUH SYARIAH
4 bulan lalu

"Mereka Tak Rugi, Malah Untung!"- DS Vida 'Claim' Jual Beli 'Cedok-Cedok' Miliknya Patuh Syariah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    July 28, 2022 at 9:24 pm

    eeeeuuuuwwwwwwww geli loyaa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...