Pelakon Diana Danielle mendedahkan bahawa dia memilih untuk tidak berhubung dengan bekas suaminya, Farid Kamil, sejak mereka berpisah.
Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya emosi negatif dan memberi ruang untuk dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Katanya kepada media,
Perceraian ini masih baharu, jadi saya perlukan masa. Fokus saya sekarang adalah anak-anak.
Diana menjelaskan, dia lebih selesa jika Farid terus berkomunikasi secara langsung dengan anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Katanya, ini bagi mengelakkan sebarang salah faham seolah-olah dia cuba mempengaruhi anak-anak.
Dia boleh terus tanya anak-anak kalau nak buat sesuatu bersama. Saya tak pernah sekat masa perjumpaan.
Menyentuh isu kenyataannya dalam podcast, Diana menjelaskan dia hanya berkongsi kisah hidup sebagai anak seni. Dia tidak berniat untuk membuka semula kenangan, sebaliknya mahu terus melangkah ke hadapan.