Sedia maklum, pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil sebelum ini membuat keputusan untuk bercerai tetapi pada 31 Ogos yang lalu, mereka memaklumkan sudah pun rujuk semula.
Dalam video terbaru yang memaparkan Diana Danielle, dia memberitahu bahawa dirinya sangat memerlukan Farid disisi.
Bahkan, sempat memberi perumpamaan bahawa dia bergantung nyawa dengan Farid bagi menggambarkan bertapa penting lelaki itu dalam hidupnya.
Tanpa saya sedar bertapa pentingnya dia dalam hidup saya.
Dalam pada itu, Diana merasakan Farid mampu melindunginya dalam segala perkara dan apabila dalam tempoh tiada suami disisi, pelakon tersebut merasakan ‘kehilangan’ serta rapuh.
Biarpun dia menikmati masa bersendiri, Diana tetap tidak dapat melupakan Farid dan mahukan pengarah tersebut kekal dalam hidupnya.