Melalui laporan Harian Metro, gelandangan yang diberi makan oleh tiga orang remaja Cina, baru-baru ini, tampil bersuara dengan menyatakan dirinya tidak sangka kejadian itu dirakam oleh mereka.
Tak sangka akan diberi sisa makanan
Gelandangan yang bernama Ram itu berkata tidak sangka tiga remaja itu akan memuat naik video berkenaan di platform media sosial.
Saya terkial-kial apabila disapa oleh tiga remaja itu kerana masih baring ketika itu dan tidak menjangka bungkusan yang mereka bawa itu adalah sisa makanan.
Menurut lelaki berusia 49 tahun itu, dia akui terkejut menerima bungkusan makanan yang mengandungi sisa makanan, namun tidak memarahi tiga remaja itu, sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih dan memaafkan mereka.
Tak marah dan maafkan perbuatan tiga remaja Cina
Saya tidak pasti apa kesilapan saya sehingga mereka berbuat demikian, namun saya hanya memandang positif dan menganggap mereka adik.
Sekadar inof, Ram berasal daripada negeri Perak, di mana dirinya sudah lama tidak bekerja dan menjadi gelandangan. Hal yang mengejutkan orang ramai apabila mengetahui Ram fasih berbahasa Inggeris.