Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel kini memberanikan diri mencuba sesuatu yang baharu, ingin mengembangkan bakat dalam bidang pengacaraan pula.
Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin yang diberi tanggungjawab mengendalikan program realiti, Suara Viral 2.0, teruja memikul tugas buat kali pertama.
Naim, 24, berkata ini penampilan pertamanya sebagai hos program besar. Sebelum ini, dia tidak pernah diberi tawaran secara rasmi dan menganggap ini peluang yang sangat baik untuk dia teroka bidang baharu.
Bekerja dengan Danial Zaini susah kalau tak ketawa. Dia sangat ceria. Saya sangat senang bekerjasama dengan orang yang ceria seperti dirinya.
Pelakon drama Wadi itu mengakui seronok mengacarakan program bersama Danial Zaini kerana selesa berganding dengan pelawak itu, apatah lagi mereka dapat mewujudkan suasana santai.
Tambah Naim, dia agak kekok pada minggu pertama tugasan. Namun, selepas beberapa lama, dia mula selesa dengan orang dan suasana di set, barulah selepas itu dia ada keyakinan untuk tidak menggunakan ‘cue card‘.
Saya selalu berfikir untuk bekerja dalam industri seni ini, saya percaya, seni tidak hanya satu perkara. Selagi kita mampu untuk teroka dan ‘lapar’ untuk membuat lebih banyak perkara lagi, kita hanya perlu buat saja.
Naim berkongsi pengalaman dan kepercayaan yang diberi penerbit dianggap peluang terbaik untuk dirinya meneroka bidang baharu.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.