“Saya Tak Sangka Boleh Menang”, Haiqal Hanafi Kekalkan Gelaran Raja Pecut Asia Tenggara Buat Malaysia

Trending

“Saya Tak Sangka Boleh Menang”, Haiqal Hanafi Kekalkan Gelaran Raja Pecut Asia Tenggara Buat Malaysia

Kalau sebelum ini, Khairul Hafiz Jantan berjaya merangkul takhta sebagai Raja Pecut Asia Tenggara di Sukan SEA 2017 yang lalu. Walaupun untuk Sukan SEA 2019 ini, Khairul tidak lagi menyertai kejohanan tetapi takhta itu masih kekal milik Malaysia.

Haiqal Hanafi muncul sebagai Raja Pecut Asia Tenggara selepas memenangi acara 100m lelaki di Sukan SEA 2019 di Filipina. Haiql mencatatkan masa larian terpantas dengan 10.35 saat mengalahkan dua pelari Thailand, Kpl. Sowan Ruttanapan (10.49 saat) dan Chuangchai Bandit (10.52 saat).

Advertisement

“Kejayaan ini amat bermakna kerana ia paling besar dalam karier saya sebab kali pertama saya beraksi dalam acara individu. Saya sendiri tidak menjangka mampu memenanginya.”

Ramai yang terkejut dengan kemenangan yang tidak disangka-sangka ini yang seterusnya membantu memberikan pingat emas buat Malaysia.

“Selepas Khairul Hafiz Jantan, kita ada Haiqal Hanafi.”

“Berjaya kekalkan emas untuk acara 100m lelaki.”

“Kemenangan tak disangka-sangka!”

Sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kecekapan penganjur Sukan SEA 2019 semasa perlawanan melibatkan atlet silat negara. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pesilat Malaysia Tidak Diberikan Rawatan Segera, Netizen Pertikaikan Kecekapan Penganjur Sukan SEA 2019

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...