Kalau sebelum ini, Khairul Hafiz Jantan berjaya merangkul takhta sebagai Raja Pecut Asia Tenggara di Sukan SEA 2017 yang lalu. Walaupun untuk Sukan SEA 2019 ini, Khairul tidak lagi menyertai kejohanan tetapi takhta itu masih kekal milik Malaysia.
Haiqal Hanafi muncul sebagai Raja Pecut Asia Tenggara selepas memenangi acara 100m lelaki di Sukan SEA 2019 di Filipina. Haiql mencatatkan masa larian terpantas dengan 10.35 saat mengalahkan dua pelari Thailand, Kpl. Sowan Ruttanapan (10.49 saat) dan Chuangchai Bandit (10.52 saat).
“Kejayaan ini amat bermakna kerana ia paling besar dalam karier saya sebab kali pertama saya beraksi dalam acara individu. Saya sendiri tidak menjangka mampu memenanginya.”
[Video] #SukanSEA: Detik manis kejayaan pelari lelaki negara, Muhammad Haiqal Hanafi yang memenangi acara 100 meter dengan catatan 10.35 saat di Stadium Olahraga New Clark City. Tahniah!
Video oleh Mazani Chan Yat Sin pic.twitter.com/k7vXFUquHa
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 8, 2019
Ramai yang terkejut dengan kemenangan yang tidak disangka-sangka ini yang seterusnya membantu memberikan pingat emas buat Malaysia.
“Selepas Khairul Hafiz Jantan, kita ada Haiqal Hanafi.”
After khairul hafiz jantan, its haiqal hanafi time! Still got goosebumps seeing 100m till now. Congrats mlysia we maintained tht 100m gold
— Aini (@zainuaini) December 8, 2019
“Berjaya kekalkan emas untuk acara 100m lelaki.”
yes u did it malaysian! haiqal hanafi managed to secure our gold medal for men’s 100 m after khairul hafiz jantan successfully won it two years ago in kuala lumpur ?#SEAGames2019
— J (@sanchezjennesy) December 8, 2019
“Kemenangan tak disangka-sangka!”
congrats haiqal hanafi for 100m men!!!!!!!!! underdog and very unexpected!!
— maé (@maidamnlit) December 8, 2019
Sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kecekapan penganjur Sukan SEA 2019 semasa perlawanan melibatkan atlet silat negara. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Pesilat Malaysia Tidak Diberikan Rawatan Segera, Netizen Pertikaikan Kecekapan Penganjur Sukan SEA 2019
