Pelakon Raja Afiq sekali lagi meraih perhatian apabila dia ada memuat naik hantaran ulasan produk berbaur lucah di laman sosial Instagram miliknya pada hari Jumaat lalu.
Afiq sebelum ini pernah dikecam atas sebab yang sama namun telah memulangkan semula wang bayaran yang diterimanya tetapi kali ini, pelakon berusia 27 tahun itu tetap meneruskan ulasan tersebut.
https://www.instagram.com/p/COPlaCnHMVS/?utm_source=ig_web_copy_link
Jelas pelakon drama Cinta Kolestrol ini lagi, dia hanya ingin menolong peniaga setelah beberapa kali dipujuk untuk melakukan ulasan produk itu selain untuk meraih pendapatan sampingan.
Kalau saya nak beri penjelasan atau terangkan kepada netizen, mereka pun takkan faham. Ikutkan saya sebenarnya dah banyak kali tolak. Tapi pihak produk itu tidak berhenti memujuk saya..tetap call dan mesej saya minta juga saya buat reviu. Saya ni jenis tak sampai hati.
Niat saya nak menolong peniaga online dan buat reviu di IG pun salah satu income saya juga. Takkan saya nak tolak rezeki. Saya dah minta video yang lebih elok tapi itu sahaja yang pihak mereka dapat berikan kepada saya.
Raja Afiq difahamkan telah berkongsi sebuah video yang memaparkan hampir semua bahagian alat sulit wanita sekaligus mengundang kecaman netizen yang rata-rata merasakan ianya sebagai sesuatu yang keterlaluan.
Malah, ada yang mengatakan Raja Afiq menerima bayaran reviu tersebut dengan cara yang haram.
Dia walau bagaimanapun telah memadam video yang dimuat naik di Instagram tersebut tidak lama kemudian.
“Saya ada juga baca komen yang mengatakan saya ambil duit haram melalui reviu itu. Tapi siapa mereka nak tentukan duit itu haram atau halal? Bukannya saya mencuri, hanya jalankan tanggungjawab orang bayar untuk promosi barang..” akhiri Raja Afiq.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.