“Saya Tak Rasa Sakit Pun” – Lana Nodin Akui Buat Hidung Baru Di Korea Selatan

Hiburan

“Saya Tak Rasa Sakit Pun” – Lana Nodin Akui Buat Hidung Baru Di Korea Selatan

Baru-baru ini, nama pelakon jelita yang kini bergelar usahawan, Lana Nordin kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila tular di media sosial mengenai sebuah hantaran video memaparkan penampilan terbaharunya.

Menerusi video tersebut, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin mendedahkan dia baru lima hari selesai membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan bahagian hidung.

Advertisement

Difahamkan, pembedahan plastik tersebut dibuat di Korea Selatan dan pelakon berusia 42 tahun itu berkongsi perkembangan terkini wajahnya yang masih berbalut dan dalam proses pemulihan.

Hari ini hari yang kelima selepas melakukan pembedahan. Tiada bengkak dan lebam pada wajah saya.

Paling mengejutkan, saya langsung tak rasa sakit. Kini saya sudah pun boleh keluar berjalan-jalan di Seoul.

Menurut Lana, dia langsung tidak merasakan kesakitan pada wajahnya dan kesan lebam juga telah semakin hilang.

Jahitan pada hidung akan dibuka dalam masa tujuh hari lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji Lana kerana membuat pengakuan jujur dan tidak menipu atau menyembunyikan mengenai rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas wajahnya.

Bagaimanapun, hantaran video berkenaan difahamkan telah dipadam oleh pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu selepas beberapa minit dimuat naik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Bukan Berubah" - Aeril Zafrel Pertahankan Wawa Zainal, Akui Tak Perasan Aurat Terdedah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...