“Saya Tak Rasa Itu Ditujukan Untuk Saya” – Nora Danish Bersuara Mengenai Status ‘Kontroversi’ Bekas Suami

Hiburan

“Saya Tak Rasa Itu Ditujukan Untuk Saya” – Nora Danish Bersuara Mengenai Status ‘Kontroversi’ Bekas Suami

Pelakon Nora Danish memilih untuk tidak melayan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan untaian ciapan berbaur perlian daripada bekas suaminya, Nedim Nazri (Boss Ned), dan menegaskan hubungannya dengan Nedim berada dalam keadaan baik.

“Hubungan saya dengan dia (Nedim) okey, jadi saya tak nak komen panjang,” kata Nora ketika ditemui wartawan.

Advertisement

Nora, yang kini sibuk dengan telefilem terbaharu Saling Tak Terlihat serta urusan restoran, berkata beliau sangat menghormati Nedim meskipun hubungan mereka kini tidak lagi sebagai suami isteri.

Saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini ditambah pula saya sudah tidak lagi bersama dengannya.

Saya hormati hak dan privasi dia dan saya memang tak nak komen apa-apa sebab (apa yang dikongsinya), tak ada kena-mengena dengan saya.

Pelakon itu menambah dia tidak begitu mengikuti ciapan Nedim di media sosial kerana kesibukan menguruskan perniagaan, dan tidak pasti sama ada status berkenaan ditujukan kepadanya.

Saya tak juga tak baca sangat ciapan yang dibuat sebab saya sedang sibuk uruskan restoran saya.

Saya tak ‘aware’ (perasan) dan tak rasa ciapan itu ditujukan kepada saya sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia.

Saya mengharapkan hubungan yang baik-baik dengan semua pihak. Seperti yang saya tekankan dari awal lagi, saya memang menitik beratkan hubungan baik untuk membesarkan anak saya dengan sihat.

Kenyataan Nora ini hadir susulan hantaran Boss Ned di platform Threads yang mencetuskan perbualan netizen apabila beliau memuat naik luahan rasa tidak puas hati menerusi beberapa kenyataan tegas, termasuk amaran perlindungan terhadap anaknya.

“Rasa Tak Puas Hati? Boleh Bawa Ke Mahkamah” – Bekas Suami Nora Danish

Boss Ned juga menasihati orang ramai agar tidak mudah mengagumi mana-mana individu secara melampau dan memberi amaran supaya tidak mengusik hal keluarga beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-01 20:21:30

"Rasa Tak Puas Hati? Boleh Bawa Ke Mahkamah" - Bekas Suami Nora Danish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...