Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tak Rasa Fizo Nak ‘Try’, Hubungan Kami Macam Adik Dengan Abang – Hawa Rizwana

Pelakon Fizo Omar diusik cuba pikat pembaca berita Hawa Rizwana.

Tindakan Fizo Omar meninggalkan komen memuji pembaca berita Hawa Rizwana mencetuskan spekulasi dimana rata-rata netizen mengusik pelakon itu mahu memikat Hawa.

<img alt="fizoomar" title="fizo omar hawa rizwana" src="https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/20191210153827/hawa-fizo.jpg

Advertisement

Bagaimanapun, Hawa menganggap komen tersebut hanyalah sekadar kata-kata dari seorang abang kepada adik.

Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat. Lebih-lebih lagi kerana status duda yang dipegangnya.

<img alt="fizoomar" title="fizo hawa rizwana" src="https://i.postimg.cc/bNSV6bJP/komen-1.jpg

Menurut Hawa, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, Fizo juga turut mengenali bapanya.

Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.

<img alt="fizoomar" title="fizo omar pikat hawa rizwana" src="https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/20191210153831/fizo-hawa.jpg

Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 tetapi jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada 10 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 Comments

  1. Anonymous

    August 3, 2019 at 8:52 pm

    Kedai burger ada lagi ke…

  2. Iz

    August 3, 2019 at 6:14 am

    Biar lah dia nk bt apa hidup dia… Kita susah2 pk, komen itu ini, mengata mcm2 bkn membantu dia… Bgus sokong n fikir positif dr mngata n umpat fizo xtentu hala

  3. apa-apa aje

    August 2, 2019 at 3:43 pm

    mcm je..bukan xleh kawin pun..alahai statement..

  4. Anonymous

    August 2, 2019 at 1:28 pm

    Nak rumah ko jdi homestay puak Budu. silakan!

    • Anonymous

      August 3, 2019 at 8:55 pm

      Aim yg kaya raya je..senang hidup ko eh fizo…lps sorg2..

  5. Anonymous

    August 2, 2019 at 1:14 pm

    Syurga dibawah tapak kaki ibu Cik Hawa. Cik Hawa kena ingat tuuuu lol

Loading...
To Top