Saya Tak Rasa Dato Red Ada Rangkul Pinggang Saya – Ruhainies

Hiburan

Saya Tak Rasa Dato Red Ada Rangkul Pinggang Saya – Ruhainies

Video Ruhanies yang keluar bersama Dato Red serta foto lelaki itu merangkul pinggangnya sudah tersebar luas di Internet.

Advertisement

Pelbagai kritikan dan tomahan yang dilemparkan kepada mereka berdua dan ada juga beberapa pihak menganggap tindakan Dato Red itu tidak akan menjadi sekiranya Ruhainies dengan tegas melarang Dato Red menyentuh tubuhnya.

Walaubagaimanapun menurut Ruhainies, beliau tidak rasa Dato Red ada merangkul pinggangnya. Ini kerana, beliau serta merta akan menepis perbuatan Dato Red.

Jelas Ruhainies lagi, mereka bukan keluar berdua sahaja tetapi ditemani oleh pembantu peribadi serta adik Ruhainies.

Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak keluar berdua-duaan, sebaliknya ditemani pembantu dan adik saya. Begitupun takkanlah orang nak rakam gambar mereka?

Berkenaan kejadian rangkul pinggang itu, saya tak rasa dia ada buat begitu. Kalau ada, tentu saya tepis. Lagipun, kejadian itu berlaku di tempat awam. Takkanlah saya nak membenarkan perkara itu berlaku di khalayak ramai?

Ruhainies juga menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perasaan kasih ataupun cinta terhadap Dato Red dan sama sekali enggan menjadi isteri ketiga beliau.

Kalau ditanya sama ada saya bersedia untuk jadi isteri ketiga atau keempat, jawapannya adalah tidak. Saya seorang yang sangat cemburu. Dulu sewaktu ada teman lelaki, sama memang tidak suka apabila dia keluar dengan perempuan lain. Lagipun, ibu dan bapa saya pasti takkan membenarkan saya hidup bermadu.

Tambah Ruhainies lagi, sejak beliau melangkah ke dunia hiburan, beliau sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran bergelar anak seni.

Ermmmh, kalau lihat foto diatas, nampak jelas sekali Dato Red merangkul pinggang Ruhainies. Fikir positif mungkin Ruhainies tidak rasa kehangatan sentuhan Dato Red sebab dalam shopping mall kan sejuk dengan penghawa dingin..Err…

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...