Amboi ~~ Kecoh satu Malaysia kononnya si Nelydia Senrose sebenarnya merampas Qi Razali daripada kekasihnya dulu, Yunalis Zarai. Malah ada suara-suara sumbang yang menyatakan Nelydia sebenarnya menjadi punca perpisahan mereka berdua. Fuh ~~~
Kalau ada awek secun Nelydia Senrose datang mengorat memang boleh tergugat keimanan dibuatnya. Hehehe. Namun begitu, Nelydia sebenarnya langsung tidak terlibat di dalam proses perpisahan Yuna dan Qi. Kata Nelydia kepada Utusan Malaysia:-
Saya bukan perampas dan punca perpisahan Qi dengan Yuna. Malah sewaktu mereka bersama, saya dan Qi langsung tidak pernah berhubung. Hanya dua bulan kebelakangan ini baru kami rapat semula.
Abang Nara tengok muka Nelydia pun tahu yang dia ini bukan jenis perampas. Muka suci murni gitu. Motto hidup Abang Nara masa muda dulu ialah jangan rampas awek orang tapi kalau dia clash dengan segeralah masuk line. Hehehe. Kepada Nelydia, semoga hubungan anda dengan Qi akan bertambah maju selepas ini.
P.S: Kereta Agera S Hunda