“Saya Tak Pernah Terfikir Nak..” – Bella Astillah Lebih Selesa Dikenali Sebagai Selebriti, Bukan Ahli Politik

Hiburan

“Saya Tak Pernah Terfikir Nak..” – Bella Astillah Lebih Selesa Dikenali Sebagai Selebriti, Bukan Ahli Politik

Pelakon Bella Astillah menegaskan dia tidak akan terlibat dalam dunia politik meskipun kini berkawan rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, segala usaha dan bantuan yang diberikan kepada penduduk setempat adalah tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

Advertisement

Saya tak berani nak sentuh bab politik cuma memang jauhlah nak ke situ. Saya juga hanya fokus pada kerjaya dan tentang bantuan itu, saya rasa ramai juga yang lain lakukan perkara sama. Cuma kita tak tahu sebab mereka tidak kongsi atau orang ramai tidak kenal. Bantuan itu perkara biasa bagi saya sebab ramai lagi menghulurkannya,

Bella menegaskan, menjejakkan kaki dalam dunia politik tidak pernah wujud dalam fikirannya dan dia hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya seni sahaja.

Secara umum, saya hanyalah seorang selebriti yang menyanyi dan berlakon sahaja. Jadi ahli politik itu tidak terfikir langsung, jauh sekali.

Mengulas mengenai namanya yang sering viral di media sosial, Bella berkata dia dan pasukannya sentiasa memantau setiap kandungan bagi memastikan tidak terpalit dengan perkara negatif.

 

Dia turut mengakui terdapat segelintir individu yang kurang selesa, namun menegaskan semua itu dilakukan atas dasar kerja semata-mata.

Semua yang dimuat naik dalam media sosial adalah atas tujuan kerja, kalau viral, itu bukan perancangan saya. Sebenarnya betul, ada orang yang kurang selesa. Kalau viral, semua itu di luar kawalan saya. Namun, saya harap orang faham bahawa itu usaha saya mencari rezeki untuk keluarga.

Sebelum ini, Bella juga pernah menafikan dakwaan sengaja menjaja kisah sedih hidupnya untuk meraih simpati dan mendapat tempat dalam industri seni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-11 15:01:41

"Doakan Saya Dan Amira Othman Ya" - Fattah Amin Hadiri Majlis Khatam Pengajian Kitab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...