Baru-baru ini tular kes dimana pemain bola sepak, Faisal Halim telah disimbah asid. Susulan berita tersebut, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali berkata, dia juga terkejut mendengar kejadian itu.
Tak pernah jangka
Kata Safee semasa ditemu bual sumber, dia tidak pernah menjangkakan insiden extreme seperti itu akan terjadi kepada pemain-pemain bola sepak di Malaysia.
Saya tak pernah sangka, tak pernah terbayang perkara seperti ini akan berlaku di negara kita.
Tak pernah terlihat dan terjadi kejadian seperti ini. Ini menunjukkan, saya rasa extremenya seorang peminat bola sepak di Malaysia.
Terima keputusan perlawanan
Di samping itu, Safee juga menasihatkan orang ramai untuk bersikap sederhana dan menerima sebarang keputusan yang diputuskan dalam setiap perlawanan.
Kalah menang, adalah kalah menang. Kalau dah kalah pun esok ada lagi permainan jadi tak mengapa sekiranya kalah.
Tak mengapa untuk terima kekalahan, kalau kalah kita bangkit dari kekalahan dan bagi lagi positif pada saya.
View this post on Instagram
Terdahulu, diketahui Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke hospital swasta di Petaling Jaya sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.