“Saya Tak Pernah Nak!” – Dituduh Kikis Harta, Anju Dedah Terpaksa Tanggung Hutang Kos Hadiah Pagar Lepas Putus

Hiburan

“Saya Tak Pernah Nak!” – Dituduh Kikis Harta, Anju Dedah Terpaksa Tanggung Hutang Kos Hadiah Pagar Lepas Putus

Selepas diberikan hadiah pagar rumah bernilai RM100,000 oleh bekas tunang iaitu Datuk Seri Elzey, pelakon Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju akui berasa tertekan kerana terpaksa menanggung kos tersebut selepas putus tunang.

Melalui satu hantaran di Facebook, Anju meluahkan rasa sedih serta terkilan kerana dituduh mengikis harta bekas tunang susulan isu pagar tersebut.

Advertisement

Difahamkan, selebriti terbabit terpaksa menanggung kos baki hutang pembuataan pagar tersebut memandangkan Elzey baru saja membayar sebanyak RM30,000.

Dalam pada itu, Anju memberitahu dia sama sekali tidak mahu pemberian hadiah pagar itu tetapi Elzey berkeras mahu menaja dengan rela hati.

Namun begitu, pelakon berusia 35 tahun tersebut berharap agar isu pagar ini tidak diperbesarkan oleh orang ramai kerana dirinya serta bekas tunang sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kedua-dua individu tersebut memaklumkan untuk meneruskan hubungan sebagai rakan baik saja dan Anju mengakui asbab hubungan mereka terlerai kerana egonya sendiri.

Zarina Anjoulie
1 year ago

"Aku Bukan Biawak Hidup Yang Kau Tanggung, Aku Ada Hutang Kau Ke?" - Bekas Tunang Dedah Pernah Bantu Zarina Anjoulie Bina Pagar Rumah RM100K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...