Selepas diberikan hadiah pagar rumah bernilai RM100,000 oleh bekas tunang iaitu Datuk Seri Elzey, pelakon Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju akui berasa tertekan kerana terpaksa menanggung kos tersebut selepas putus tunang.
Melalui satu hantaran di Facebook, Anju meluahkan rasa sedih serta terkilan kerana dituduh mengikis harta bekas tunang susulan isu pagar tersebut.
Difahamkan, selebriti terbabit terpaksa menanggung kos baki hutang pembuataan pagar tersebut memandangkan Elzey baru saja membayar sebanyak RM30,000.
Dalam pada itu, Anju memberitahu dia sama sekali tidak mahu pemberian hadiah pagar itu tetapi Elzey berkeras mahu menaja dengan rela hati.
Namun begitu, pelakon berusia 35 tahun tersebut berharap agar isu pagar ini tidak diperbesarkan oleh orang ramai kerana dirinya serta bekas tunang sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kedua-dua individu tersebut memaklumkan untuk meneruskan hubungan sebagai rakan baik saja dan Anju mengakui asbab hubungan mereka terlerai kerana egonya sendiri.