Saya Tak Pernah Menghasut Bekas Mentua – Nora Danish

Hiburan

Saya Tak Pernah Menghasut Bekas Mentua – Nora Danish

Rasanya semua orang tahu betapa rapatnya Nora Danish dengan keluarga bekas mentuanya. Setiap tahun, walaupun selepas penceraian dengan Jejai, Nora Danish akan turut serta di dalam holiday trip keluarga mentuanya. Hari ini, menerusi Berita Harian, Nora Danish menegaskan yang dia tidak pernah mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya itu.

nora danish

Advertisement

Menerangkan tentang fitnah yang melanda dirinya (kononnya Nora menghasut keluarga mentuanya), Nora Danish berkata:-

Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Tetapi Nora tidak pernah cerita apa pun kepada mereka.

Malah Nora menegaskan yang dia tidak menyimpan dendam atau marah kepada isteri Jejai sekarang, Fasha Sandha. Tambah manis apabila Nora mendoakan agar Fasha dikurniakan anak lelaki. Kata Nora:-

Saya cuma mengharapkan Jejai tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberikan kasih sayang sama rata kepada anak. Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran

nora danish

Semoga dengan penerangan daripada Nora Danish ini, kita semua tidak lagi menyimpan buruk sangka dan menamatkan segala kontroversi yang melanda dirinya, Jejai dan Fasha Sandha. Mereka semua pun sudah bahagia bersama orang yang tersayang. Nora pun dah doakan kebahagiaan Fasha. Fasha pun tampak sangat bahagia bersama Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka selamanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

84 Comments

  1. nina

    July 6, 2012 at 4:57 pm

    kisah dia org ni buat i teringat kisah Jennifer Aniston ngan Brad Pitt. masa Jennifer dah bercerai dengan Brad, dia still baik lagi dengan mentua dia(parent si Brad Pitt) n tu yg Angelina Jolie mcm bengang gak la.. tapi this is like few years ago la.. nak wat camner kalau dah bekas isteri jadi pilihan bekas mentua. huhu

  2. just nak gelak

    July 6, 2012 at 1:38 pm

    aku bkn peminat nd ni tapi kesian gak kat dia. masa dia isytihar perang ngan Fs dulu… kena kutuk. sekarang dia dah ok, dah cakap baik2 pun kena kutuk gak… biarlah..kat dia. Fs pun dah bahagia dengan jejai. biarlah dia bahagia juga.

  3. jack

    July 6, 2012 at 1:13 pm

    Anak menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.

    Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibu mu; anak-anak mu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibu mu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isteri mu ( ibu mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)

    Berdasarkan ayat ini :

    1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wudhu’ dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut.

    2. Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri. Begitu juga dengan ibu mertua adalah sama taraf dengan ibu sendiri.

    Jadi rasanya tidak salah dalam jawapan Nora “Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu”. Nora masih menghormati kedua ibubapa mertuanya seperti yang disyariatkan Islam.

    Cuma, berharap agar suatu hari nanti Nora juga menutup aurat seperti mana yang digariskan oleh Islam kepada seluruh umat Islam (kaum wanita)

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer

      July 6, 2012 at 4:29 pm

      ape kate kite saran kn kerajaan mlysia supaya di kompalsri kn wanita islam mlysia supaya bertudong atau selubong kn bagos …jadi tkde sape leh elak lagi amacm ok ? jadi tkde la asek2 nk cakap pasal isu tudong kn ! suka tk suka kena pakai walau pn tk iklas !

    • jack

      July 7, 2012 at 7:46 am

      Kenapa nak timbul isu “suka tk suka kena pakai walau pn tk iklas !” dalam bab menutup aurat?

      ISLAM MEWAJIBKAN UMAT ISLAM (lelaki / perempuan) MENUTUIP AURAT.

      Di zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.

      Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah. Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.

      Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26

      Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover” dan alasan anda pula “suka tk suka kena pakai walau pn tk iklas”. Tetapi sila tanya mereka kembali, jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?

      Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS & anda di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?

      Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.

      Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan? SIS & anda mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.

      Yang WAJIB tetap WAJIB, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi. Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dulu yang suka mengubah-ngubah Hukum dalam agama mereka mengikut selera dan keadaan semasa mereka.

      Cuba lihat di dalam kitab Bible / AlKitab yang diimani oleh umat Kristian pun ada memerintahkan agar menutup aurat dengan betul termasuk menutup kepala. Dalilnya adalah seperti di bawah;

      [1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

      [1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.

      [1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.

      [1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?

      Maka adakah kita umat Islam mahu menjadi seperti umat Kristian itu juga yang sekarang ini sudah tidak menutup kepala lagi melainkan biarawati-biarawati mereka sahaja? Jika hal ini tidak diambil berat dan dipandang ringan, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam sudah tidak dikenali dan aurat sudah tidak terjaga lagi. Jika wanita Islam juga tidak mahu memakai tudung kepala dan menutup aurat dengan betul, maka apa bezanya rupa luaran antara wanita Islam dengan wanita Kristian?

      Sedangkan dalam masalah janggut dan misai pun Nabi Muhammad suruh agar bezakan dengan umat Yahudi, ini kan pula soal aurat wanita yang boleh menggoyang iman seorang lelaki.

      Dan banyak lagi jarum-jarum halus yang ditusuk ke dada umat Islam seperti mengatakan bahawa memakai jilbab bagi wanita itu dapat menghalang kemajuan, membataskan produktiviti, merimaskan dan camam-camam lagi.

      Jadi jangan meletakkan keterpaksaan dalam diri kerana ianya ADALAH WAJIB!

  4. Amier

    July 6, 2012 at 1:06 pm

    Mengejar lelaki kaya untuk kemewahan……tidaklah sehebat sepertimana impian yang diidamkan. Persepsi tentang lelaki dan cara sebenar untuk kebahagiaan hidup perlu diketemukan terlebih dahulu.

  5. Raja minah jambu 24jam mengadap computer

    July 6, 2012 at 11:36 am

    sape2 pn jngan lah tudoh2 noraaaaaaa kerana hubongan baik nye ngan bekas mak mertua tk bermakna nora menghasot ! buat ape nk buat keja tu semua ! lebih baik tumpukn pada lakonan dapat jugak hasil ! dh lah nora buat bodoh je jngan peduli ape yg orang2 musibot ni cakap ok…tenang2kn pikiran jngan stress tumpukan pada pekerjaan dn anak yg makin membesar n hensem ok………

    • Anonymous

      July 6, 2012 at 7:02 pm

      btol raja minah jambu..mcmana pn ttp support nd..

Loading...