July 5th, 2012

Rasanya semua orang tahu betapa rapatnya Nora Danish dengan keluarga bekas mentuanya. Setiap tahun, walaupun selepas penceraian dengan Jejai, Nora Danish akan turut serta di dalam holiday trip keluarga mentuanya. Hari ini, menerusi Berita Harian, Nora Danish menegaskan yang dia tidak pernah mengambil kesempatan atas hubungan rapatnya itu.

nora danish

Menerangkan tentang fitnah yang melanda dirinya (kononnya Nora menghasut keluarga mentuanya), Nora Danish berkata:-

Nora akui memang rapat dengan keluarga bekas mentua kerana anak. Mengapa tidak, Nora pernah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Tetapi Nora tidak pernah cerita apa pun kepada mereka.

Malah Nora menegaskan yang dia tidak menyimpan dendam atau marah kepada isteri Jejai sekarang, Fasha Sandha. Tambah manis apabila Nora mendoakan agar Fasha dikurniakan anak lelaki. Kata Nora:-

Saya cuma mengharapkan Jejai tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberikan kasih sayang sama rata kepada anak. Nora berdoa Fasha dikurniakan anak lelaki kerana Jejai mahu anaknya mengikut jejak dia meminati sukan permotoran

nora danish

Semoga dengan penerangan daripada Nora Danish ini, kita semua tidak lagi menyimpan buruk sangka dan menamatkan segala kontroversi yang melanda dirinya, Jejai dan Fasha Sandha. Mereka semua pun sudah bahagia bersama orang yang tersayang. Nora pun dah doakan kebahagiaan Fasha. Fasha pun tampak sangat bahagia bersama Jejai. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka selamanya.


84 responses to “Saya Tak Pernah Menghasut Bekas Mentua – Nora Danish”

  1. ella says:

    apalah korang ni.. mesti tak ikut cite2 dia sblm ni. dia kan nak htr anak dia belajar tahfiz, yg si Jejai jebon tu plak nak anak dia tu jd racer mcm dia. mestilah ND doakan dpt sorg lg lelaki, so that anak dia tak perlu dah ikut langkah Jejai tu. Blh hantar dia anak dia jd Al Hafiz.. ok what, blh tlg mummy ND dia di akhirat kelak

  2. QiQi nuriraQ says:

    hot mama ;)

  3. lovelime says:

    semua manusia tak perfect mcm tue jgk dgn nd n fs…tp past is past so jgn lah kaitkan lg nd dgn hdp baru fs n jejai kesian kat kedua2 pihak sebab tak leh hdp tenang.lagi kesian kat nora bila bace statement dia “semoga jejai tak ulang salah yang sama….”walaupun dah move on dgn life baru tp parut kat hati tue…ssh nak lupa tau.so press semua tlg lah buat kerja n story lain jgn tambah kesedihan nd nie!

Loading...