Pensohor media sosial Indonesia, Mimi Peri tidak menyangka dia juga diminati rakyat Malaysia apabila kedatangannya ke negara ini disambut baik oleh peminat.
Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani ,35, hadir ke Malaysia bagi tujuan mempromosikan filem Mat Tudung Begins yang dibintanginya buat pertama kali.
Malah, Mimi juga teruja kerana dapat melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC) di hadapan matanya sendiri kerana tidak pernah ke luar negara sebelum ini.
Alhamdulillah, impian itu tertunai apabila Datuk Fizz Fairuz membawa saya ke sini. Terima kasih sangat.
Tidak sangka ya, selama ini saya hanya melihat KLCC di TV atau pun media sosial sahaja, kali ini saya benar-benar datang dan bergambar di KLCC.
Menganggap peluangnya untuk berlakon sebagai sesuatu yang berharga, Mimi berkata mengakui tidak dapat tidur lena selama sebulan kerana memikirkan penerimaan orang Malaysia terhadap dirinya.
View this post on Instagram
Meskipun pernah dikecam kerana rupa paras yang dimilikinya, Mimi tidak kisah kerana dia hanya berniat untuk menghiburkan orang ramai.
Dengan wajah yang begini juga sudah dapat berlakon filem di Malaysia, buat apa saya ubah ciptaan Allah. Sebagai Mimi Peri inilah watak saya, tetapi di luar saya adalah lelaki, Ahmad Jaelani.
Sekadar info, Mimi t ataupun pun lebih dikenali sebagai Mimi Peri Rapunchelle terkenal dengan tagline ‘sahur’ dan video-video parodi lucu di TikTok dan juga Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.