“Saya Tak Pernah Halang Dia Tidur Di Rumah..” – Adira Benarkan Datuk Red Jumpa Anak-Anak, Masih Bertekad Ingin Berpisah

Hiburan

“Saya Tak Pernah Halang Dia Tidur Di Rumah..” – Adira Benarkan Datuk Red Jumpa Anak-Anak, Masih Bertekad Ingin Berpisah

Penyanyi Adira Suhaimi bertekad untuk berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Seri Adnan atau Datuk Red dengan cara yang baik. Menurutnya, keputusan itu adalah cara penyelesaian yang terbaik buatnya.

Tidak mahu tunjuk emosi

Tambahan pula, kata penyanyi ini, dirinya sebagai seorang ibu, enggan menunjukkan emosi kepada anak-anaknya. Kata Adira juga, personaliti yang ditunjukkan di media sosial bukanlah dibuat-buat.

Advertisement

Saya elak nangis depan anak. Ibu tunjang keluarga, jika hati kurang senang mereka akan rasa melalui layanan kita.

 

Kadang kalau kita tak okay, terjerit dekat anak. Itu yang saya tak nak.

 

Apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah benar. Saya tidak berpura-pura gembira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Tak halang tidur di rumah

Bukan itu sahaja, penyanyi asal lagu Pujaan Hati ini turut memberitahu bahawa dirinya tidak pernah menghalang Datuk Red yang masih bergelar suami itu dari datang ke rumah dan menjenguk anak-anak mereka. Malahan, Adira tidak mahu menghadkan masa mereka bersama.

Selagi belum cerai dia masih suami saya. Saya tak mahu bergaduh atau hadkan masa dia bersama anak-anak.

 

Saya tak pernah halang dia datang atau mahu tidur di rumah. Kalau boleh saya nak berpisah cara baik, matang dan tenang.

 

Suami pun ada hak untuk ambil tahu tentang anak-anak dan ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Sekadar info, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Datuk Red pada 1 April 2019 namun ditarik semula bagi memberi peluang kepada suaminya. Kini, Adira masih dalam proses memfailkan penceraian kedua.

adira
3 months ago

"Diam Tak Maksud Kita Salah Orang Lain Betul.." - Adira Suhaimi Tunggu Masa Sesuai Untuk Beri Keterangan, Bukan Diam Kerana Takut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...