“Saya Tak Pernah Dapat Anugerah Ikon Belia, Jangan Salah Faham” – Nurulhidayah Ahmad Zahid

Trending

“Saya Tak Pernah Dapat Anugerah Ikon Belia, Jangan Salah Faham” – Nurulhidayah Ahmad Zahid

hidayah

Anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid semalam melalui kenyataannya kepada portal Sinar Online telah tampil untuk menjelaskan kekeliruan masyarakat tentang gelaran ikon belia yang ‘diterimanya’ sehingga menimbulkan salah faham.
Menurut Nurulhidayah, dia tak menerima anugerah itu dari mana-mana pihak tetapi sedikit kesilapan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan yang tanpa sengaja telah ‘menganugerahkan’ gelaran tersebut kepadanya.

“Sebenarnya gelaran ikon belia ini adalah kesilapan daripada pihak stesyen TV, tahun lepas saya dipanggil dalam sebuah rancangan bual bicara, pihak penerbit tanya kepada saya nak ‘gelar’ saya sebagai apa, saya cakap saya aktif dalam persatuan belia, banyak terlibat dalam program belia, oklah dia tanya saya nak letak apa, saya kata aktivis belia sesuailah.

“Dan semasa ‘On Air’ saya nampak  tertera di bawah nama saya ikon belia, saya cakap habislah… tapi bagi saya mungkin pihak penerbit merasakan saya wakil kepada belia sebab itu dia letakkan gelaran saya sebagai ikon belia, tapi bagi orang lain dekat luar sana mungkin gambaran mereka tentang ikon belia adalah lain,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online di pejabatnya, hari ini.

Advertisement
ikon

                                       Gambar yang menimbulkan salah faham

 

 

 

 

 

 

 

 
Beliau turut menegaskan lagi bahawa tidak pernah menerima anugerah seumpamanya.

“Saya tidak pernah dapat anugerah sebagai ikon belia,” katanya.

Menurut Nurul, selepas berlaku kesilapan itu beliau ada menulis surat kepada stesen TV tersebut agar menjelaskan kekhilafan tersebut kepada masyarakat umum.

“Saya sudah menulis surat kepada stesyen berkenaan agar pihaknya mengeluarkan kenyataan diatas kesilapan itu,” katanya.

Susulan daripada kesilapan itu, Nurulhidayah telah ‘diserang’ oleh netizen di mana mereka telah mempertaikan apakah sumbangannya kepada negara.

Mengimbau kembali peristiwa itu, Nurulhidayah bagaimanapun berkata, beliau menerima semua itu dengan hati yang terbuka dan positif.

“Adalah terkesan tetapi ia tidak sampai menjejaskan kehidupan saya, saya fikir positif mungkin orang nak kenal saya dengan cara begitu, jadi tidak mengapalah,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...