Saya Tak Pernah Curang – Ana Dahlia

Hiburan

Saya Tak Pernah Curang – Ana Dahlia

Terlalu banyak khabar angin yang berterbangan mengenai punca pergolakan rumah tangga Ana Dahlia dan Chef Riz. Ada yang menyatakan Ana Dahlia curang dan kembali semula ke kekasih lamanya. Namun Ana Dahlia menafikan sekeras-kerasnya tohmahan itu.

ana dahlia

Advertisement

Walaupun enggan memberi komen tentang pengambilan borang cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Ana yakin bahawa dirinya berada di pihak yang benar. Kata Ana kepada portal Murai:-

Ana tidak pernah curang dan Ana tidak pernah ada lelaki lain sepanjang Ana bergelar isteri kepada Chef Riz. Apa yang berlaku sekarang pun bukannya datang daripada Ana sendiri dan Chef Riz juga tahu akan hal ini. Jadi Ana tahu Ana di pihak yang benar. Apa yang semua sudah tahu, hubungan kami memang ada masalah. Cukup sekadar itu sahaja kerana selebihnya belum tahu kesahihannya lagi dan apa yang akan berlaku selepas ini pun belum pasti lagi.

ana dahlia

Kasihan sungguh Ana Dahlia ditohmah sebegitu rupa. Mungkin ada pihak yang mencemburui kecantikannya sehingga sanggup melakukan fitnah sebegitu rupa. Namun Ana Dahlia mengakui yang dia agak menyesal kerana terburu-buru melangsungkan perkahwinannya selepas hanya mengenali Chef Riz selama 3 bulan.

Saya akui tempoh perkenalan kami singkat dan terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi apa yang membuatkan saya bersetuju adalah kerana keluarganya cukup baik dengan saya. Saya mohon jangan menilai diri saya hanya dengan penyebaran cerita yang tidak benar kerana itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Bagaimanapun saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan namun saya berharap ia akan dapat diselesaikan dengan baik.

Sama-samalah kita doakan jodoh Ana dan Chef Riz masih panjang lagi. Kalau sudah tertulis sampai di sini sahaja, semoga perpisahan dapat dilakukan dengan baik. Jangan gaduh-gaduh dan bermasam muka. Semoga jalan penyelesaian yang diambil kelak adalah yang terbaik untuk mereka berdua.

P.S: Bas dijadikan tempat pub.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...