October 24th, 2020

Pelakon yang baru saja menimang cahaya mata baru-baru ini, Fasha Sandha ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang menari bersama suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz di Instagram.

Namun, yang menarik perhatian adalah penampilan Fasha yang tidak bertudung seperti kebiasaannya. Lantas, netizen dilihat telah tampil meninggalkan beberapa komen mengenai video tersebut.

Ada di antara warga net yang menyangka Fasha sudah tidak lagi berhijab namun pelakon itu tidak mendiamkan diri dan dilihat telah menjawab persoalan netizen.

View this post on Instagram

?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Menurut pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberi kata putus untuk berhijab sepenuhnya namun masih lagi dalam proses belajar untuk mengenakan tudung.

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih di atas doa peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga keluarga.

View this post on Instagram

Tahlil Arwah Atok semalam ?? We miss you Atok Al Fatihah

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sekadar info, Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 2019 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia hampir 3 bulan. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal,7, dan Putri Raysha Jemyma,6 tahun.


One response to ““Saya Tak Pernah Cakap Saya Dah Berhijab Sepenuhnya..” – Fasha Sandha”

  1. tecit says:

    its ok fasha. ape2 pon buat niat utk diri sendiri. utk Allah. tergelincir sikit tu xde ape pon. biasela iman kte kan senipis bawang. yg penting kte same2 nak perbaiki diri kearah lebih baik. doa same2 supaya Allah pegang hati kite. so that no matter what happen, at the end kte sentiasa akan kembali kepadaNYA. semoga kte semua dikurniakan pengakhiran yg baik2. inshaaAllah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...