Saya Tak Pernah Ada Gambar Macam Itu – Tauke Jambu

Hiburan

Saya Tak Pernah Ada Gambar Macam Itu – Tauke Jambu

Beberapa keping gambar aksi yang kurang manis kononnya milik seorang artis lelaki telah pun tersebar hari ini. Secara jujur, gambar ini di’blur’kan terlalu banyak sehingga Abang Nara nak teka pun tak boleh. Namun berdasarkan penjelasan yang dilakukan di portal Murai, banyak pihak yang menganggap artis lelaki di dalam gambar ini adalah Tauke Jambu. Iyerlah antara ‘hint’ yang diberikan ialah sering bertukar pasangan, tak mengaku player dan beberapa lagi ‘hint’ yang menjurus kepada pelawak tersebut.

tauke jambu

Advertisement

Tidak mahu namanya terus busuk, Tauke Jambu telah tampil menerusi Harian Metro untuk memperbetulkan tanggapan tersebut. Menurut Tauke, dirinya tak pernah memiliki gambar sebegitu rupa. Kata Tauke:-

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil. Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.

Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.

Ini bukan perkara baru sebab seingat saya sebelum ini (pelawak) Nabil juga pernah terkena sabotaj begini. Jadi saya tak perlu panik selagi benda tak sahih.

Cuma saya percaya apa yang berlaku ini adalah satu tamparan yang mahu menjejaskan tumpuan saya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sekarang.

tauke jambu

Mungkin ada pihak yang cemburu dengan kejayaan Virus di dalam MLM2014 yang sering mendapat undian tertinggi sehingga terdesak menyebarkan gambar-gambar yang tidak benar ini. ‘Timing’ penyebaran pun amat cantik sekali. Sama-samalah kita nantikan. Mana tahu versi tidak ‘blur’ akan dikeluarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, anggaplah sahaja gambar-gambar ini bukan milik Tauke Jambu.

P.S: Comelnya beruang polar ini menari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...