September 4th, 2019

Siapa sangka teguran jujur dan ikhlas penyanyi Baby Shima terhadap vokal Datuk Seri Aliff Syukri dalam single terbarunya berjudul Cowok Baru akan menimbulkan kontroversi.

aliff syukri baby shima

Bermulalah “perang” antara mereka di media sosial apabila Aliff tidak dapat menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka.

Namun ada netizen yang merasakan mungkin ia hanya sekadar gimik untuk melariskan lagi lagu terbaru Aliff.

baby shima aliff syukrialiff syukri baby shima gaduh

Bagaimanapun, kata Aliff dia tidak perlukan kontroversi untuk trending dan enggan mengulas lanjut mengenai isunya bersama Baby Shima kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada penyanyi itu.

Saya tak perlukan Baby Shima untuk trendingkan lagu saya. Tanpa kontroversi dengan dia pun, lagu saya dah memang trending.

View this post on Instagram

Semenjak lagu abang #cowokbaru tu trending nombor satu di Malaysia dan Indonesia ramai betul artis jealous dengan kejayaan abang nak buat macam mana abang banyak peminat adik janganlah jealous usaha lah dulu insya-Allah kalau anda berbakat macam abang mesti anda pun akan trending macam abang..Abang tahu posting itu ditujukan kepada abang satu sahaja rezeki Allah tu besar tak payah rasa tersayang sangat abang bukan saingan baby.. . . abang ada bakat walaupun Malaysia tidak Magi bakat abang insya-Allah abang akan ke luar negara.. x payah perli perli abg.. abg ada buat vedio full di youtube tv terlajak laris baru awak rasa😡.. Awak delete posting awak saya delete posting saya ada kan?? abg rimas sbb ramai sgt yg tag tag abag ni😢😢🙏🏻abg ni dah jadi artis tau.. jgn Sampai abang mengadu dengan syarikat @datuentertainment rakaman abang supaya saman awak jangan-jangan.. (plz tag baby tua bangka yg feeling suara sedap sgt tu)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Lagu saya dah dimainkan di lebih 10 buah radio popular di Indonesia. Jadi, anda tidak perlu lagi bertanyakan saya mengenai Baby Shima, nanti seakan saya memberikan publisiti percuma kepada dia.

Terdahulu, Baby Shima menyatakan pendapat bahawa muzik dan melodi lagu Cowok Baru sudah cukup bagus, cuma sayangnya vokal Aliff agak tidak sesuai dengan lagu bergenre dangdut. Aliff kemudiannya melenting dan turut menyindir Baby Shima menerusi beberapa posting di Instagram.

Sumber Berita : KOPI PLANET


17 responses to “Saya Tak Perlukan Baby Shima Untuk Trending – Aliff Syukri”

  1. Cheechee says:

    Simple ye. Boikot. Bile da melingkup tau la die dtg menyembah

  2. Anonymous says:

    Ni la yang dikatakan bodoh tak boleh di ajar, sombong tak boleh ditegur. Akhirnya jatuh tersungkur.

  3. Anonymous says:

    aku kalau jd bini aliff ni mst aku malu..aku tau laki die ni ada penyakit tp mcm terlalu yakin..terlalu berlagak sbb die kaya..pdhl suara die tak sedap pun..bakat yg dia ada hanya berniaga je..tu je…sakit hati aku la ngn jantan ni

  4. Anonymous says:

    Memanglah tak perlu org lain utk trending sebab hal yg buat kau trending selama ni semua keja bodoh biul bangang kau dgn Si sajat, Datuk Vida. Lucinda entahapa nama pondan dari indon tu. Typical melayu yg gla glamer

Loading...