October 13th, 2018

Hanya kerana berkongsi momen indah dapat meluangkan masa bersama kekasihnya dan terselit pula kereta mewah yang dipandu, pelakon Ruhainies dituduh pula sebagai seorang wanita yang hanya ingin mengejar kekayaan lelaki lain atau dalam erti kata lain, mata duitan.

Menambahkan rasa bengang Ruhainies, netizen turut mengatakan hanya perempuan yang malas sahaja yang akan mencari lelaki kaya kerana ingin menumpang kesenangan tanpa perlu bersusah payah.

Bagaimanapun, Ruhaineis membidas tuduhan tersebut dan memberitahu beliau tidak perlu bergantung harap kepada lelaki untuk hidup mewah.

Saya bukan jenis perempuan seperti yang diperkatakan netizen itu. Dari awal saya masuk bidang seni ini, saya bekerja keras sendiri mencari rezeki untuk keluarga. Selama ini pun hasil kerja saya hanya untuk keluarga sahaja. Saya tak perlu mana-mana lelaki kaya semata-mata untuk hidup dalam kemewahan.

Kaya itu satu bonus tapi bukanlah saya mahukan seseorang itu hanya disebabkan dia kaya ada duit sahaja. Kalau kaya tapi kaki perempuan sana sini dan berkelakuan tidak elok nak buat apa kan? Yang paling utama, diri sebenar lelaki itu. Saya tertarik dengan kekasih saya itu sebab dia memiliki personaliti yang baik dan tahu menghormati orang tua.

Ruhainies tidak pernah berniat mahu menunjuk-nunjuk logo kerete mewah Mercedes tersebut, tetapi hanya ingin memberitahu beliau kini sedang dilamun cinta.

Sumber Berita : mStar Online


53 responses to “Saya Tak Perlu Lelaki Kaya Untuk Hidup Mewah – Ruhainies Bengang Dituduh Mata Duitan”

  1. Anonymous says:

    dia ni perasan muka mcm Nora Danish.dari percakapan cute2.manja2.style smua nak ikut mcm nora Danish.tapi bila buang makeup muka dia mcm jalan raya yg berlubang lubang..

  2. cikgebugebas says:

    senyum tak pernah nampak gigi dia ni. agaknya gigi buruk kot.

  3. gem says:

    ruhanies ni, sgt sgt petite. body xlawa bai
    rambut tu dia style besar, utk up kan size dia, make up tebal all the time

    biarla dia, xlama tu

  4. peratijangantakperati says:

    yeke?
    dah tu motif ambik gambar nampak lambang merc???
    bongok

  5. Anonymous says:

    Dah dia kaya. Mmg la dia cari yg cantik jelita berganding dgn dia. Apa brg dia nk angkut awek2 picisan mcm korang tu. Dh la muka busuk, xde duit, pakai tudung ntah hape fesyen, poyo gelinjang je lebey.

    • Anonymous says:

      “gelinjang” …. Hahahaha
      Lama x dgr org guna perkataan ni….
      Btw, ko ruhanies eh? Sentap lebih nmpk….
      Hahahaha

Loading...