Penampilan Shila Amzah di suku akhir Konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, 32, membuatkan ramai peminat berasa kurang senang apabila lengan baju Shila ternaik sehingga menampakkan sebahagian kulitnya.
Memetik laporan GEMPAK, Shila menjelaskan hal itu berlaku kerana pakaian untuk persembahannya pada malam tersebut terpaksa diubah pada saat-saat akhir kerana tidak sesuai dengan konsep.
Sebenarnya saya tak perasan lengan baju melorot dan sarung tangan pula jenis kulit. Baju yang saya sepatutnya pakai tak sesuai dengan konsep malam kelmarin..”
Shila juga mengakui bahawa tidak menjangka perkara sedemikian akan terjadi dan akan berusaha memperbaiki kelemahan setiap kali mahu membuat persembahan.
Bagi saya, soal wardrobe ini benda yang kita tak jangka. Untuk diri saya, mula-mula behave lepas itu atas pentas boleh ‘workout‘ pula. Tapi apa-apa pun, setiap minggu kita akan cuba perbaiki kelemahan kita.
Dalam pada itu, Shila sempat berterima kasih kepada sesiapa yang peka dan mengambil teguran sebagai sesuatu yang positif untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.