Sedia maklum, penyanyi Ismail Izzani sebelum ini sering kali terpalit dengan isu-isu ‘panas’ dan antaranya adalah mengunjungi kelab malam sambil berpelukan dengan wanita dalam keadaan mabuk.
Susulan itu, Ismail sendiri mengakui bahawa dirinya masih pergi ke kelab malam untuk berseronok dan berparti biarpun sudah ‘kantoi’ sebelum ini.
Menurut penyanyi yang juga seorang pelakon itu, dia enggan bersikap hipokrit kepada orang ramai dan menyorokkan kelakuannya itu.
View this post on Instagram
Mengambil laporan Kosmo, Ismail atau mesra dikenali sebagai Mael itu mengatakan dirinya hanya manusia biasa dan tidak akan dapat lari dari membuat kesilapan dalam hidup.
Saya tahu batasnya. Kadang-kadang kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok. Orang media pun ada di sana juga.
Tambahannya lagi, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan menganggap haters banyak membantunya untuk sentiasa beringat bahawa diri tidak sentiasa betul.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan Ismail Izzani sedang seronok bercumbu sambil memeluk seorang wanita dalam keadaan ghairah di kelab malam.